::SLIDESHOW PRODUK::

Tuesday, October 6, 2009

HAFLAH AIDILFITRI MENYEMARAK UKHUWAH DI KALANGAN AHLI

9 Syawal 1430 H bersamaan 28 September 2009 M, program Haflah Aidilfitri PMRAM (HATI ‘09) secara gilang-gemilang telah selamat beraturcara di bawah anjuran Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM . Ia berlangsung di dataran Hayyu Asyir, bermula jam 10 pagi hingga 4 petang. Program ini di rasmikan oleh Lembaga Penasihat PMRAM Ustaz Juzaili bin Juhan. Program saban tahun yang diadakan ini melibatkan Badan Pengurus PMRAM, BKAN, DPM, serta ahli PMRAM sama ada secara langsung mahu pun tidak. Konsep yang di ketengahkan pada tahun ini adalah berkonsepkan taakhi. Tema haflah pada tahun ini ialah “Tautan Hati Ukhuwah Terpatri”. Objektif haflah sesuai dengan tema iaitu mewujudkan suasana aidilfitri di perantauan di kalangan ahli, merapatkan lagi ukhuwah dikalangan ahli PMRAM yang berada di bumi Mesir. Moga hati yang terpaut antara hati-hati kita mampu menatijahkan ukhuwah yang berkekalan.
Majlis ini diserikan lagi dengan aturcara pengisian yang menarik pengunjung dan jemputan. Antara agenda yang berjalan pada haflah tersebut adalah penyampaian agihan kepada pelabur-pelabur (Mudharabah), persembahan nasyid, tele movie, rakaman ucapan hari raya dari presiden PMRAM dan persembahan spontan dari Badan Pengurus PMRAM. Temuramah yang dibuat kepada pengarah program tersebut Ustaz Meor Mohd Khairul Anuar bin Hairudin serta timbalan pengarah 1,Ustaz Yazid bin Pardi , mereka berharap agar program ini dapat memberi input yang bermakna kepada semua ahli selain dari merapatkan lagi ukhuwah antara mereka. Pengunjung yang hadir menumpukan sepenuh perhatian di atas aturcara yang diberikan oleh pihak penganjur.
Statistik kehadiran pengunjung serta jemputan yang hadir dianggarkan seramai tiga ribu orang ahli yang rata-rata datang dari segenap muhafazah ikhwah dan akhawat. Tidak dilupakan kehadiran pelajar perubatan dari kaherah, zagazig, tanta, mansurah dan iskandariah. Haflah ini juga meraikan pelajar baru yang tiba sebelum dan selepas menjelang hari raya. Walaubagaimanapun,kehadiran pejar baru amat menggalakkan dalam majlis ini. Kenikmatan menu yang disediakan oleh setiap zon (BKAN DAN DPM) serta PMRAM merupakan kerjasama yang erat bagi melunasi matlamat kebajikan ahli serta mengelakkan sebarang perpecahan ahli.
Program HATI PMRAM telah pun melabuhkan tirainya pada jam 5 petang. Ia di akhiri dengan ucapan timbalan pengarah dua ustazah Norhidayah binti Abdul Rahman dan bacaan doa penutup serta kaffaratul majlis.

Friday, September 4, 2009

KEBAJIKAN AHLI TERUS BERBAKTI (OKTOBER)

Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Hewi PMRAM 2009 melaporkan laporan terkini ;

1)Pelajar kita saudari Mahfuzah Saidina Abu Bakar(mantan HEWI PMRAM)yang terlibat dalam kemalangan pd 2 Syawal 1430H lalu dilaporkan telah sembuh sebarang luka di bahagian kulit. Sekarang beliau menjaga kesihatan dalamam agar dalam keadaan baik.Walauapapun beliau sihat boleh melakukan kerja sampingan.

2)Pelajar azhariah kita yang ditimpa musibah yang terkini ialah Zulaikha bt.Harun tahun 4 Syariah cawangan Iskandariah dari negeri Kedah telah disahkan mengidap Hepatitis A sebelum ini.Makluman terkini dilaporkan pada Awal Oktober ini beliau semakin sihat berikutan pengambilan makanan yang baik dan teratur seperti susu kambing dan sebagainya.Beliau masih menjaga kesihatan seperti biasa agar keadaan dirinya baik.

3)Pelajar baru kita dari Selangor bernama Fatihah binti Asrar telah dilaporkan pada awal Oktober lalu oleh doktor yang merawatnya disahkan tiada penyakit yang serius.Beliau hanya ada sakit darah tinggi dan kadang-kadang sesak dada.Alhamdulillah,kesihatannya baik daripada sebelumnya.

4)Pelajar kita dari selangor yang dilaporkan sakit batu karang sekarang masih lagi menerima rawatan lanjut secara tradisional.Kaedahnya hanya makan kapsul barakah dan minum minyak zaitun.Kesihatannya tidak serius seperti sebelum ini(awal Oktober)

Diharapkan juga kepada semua ahli PMRAM khususnya dan umumnya kepada semua untuk bersama menyumbang sebarang bentuk kebajikan kepadanya samada di sini mahupun di Malaysia.Moga Allah jua yang dapat membalasnya. Sebarang bentuk sumbangan boleh terus kepada Naib Presiden 3(Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM)atau mana-mana Badan Pengurus dan Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Hewi PMRAM 2009,Norhidayah Abd Rahman ataupun terus kepada exco Badan Anak Negeri yang terbabit.Syukran jazilan atas keprihatinan sahabat-sahabat sekalian.

Tuesday, August 25, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA HEWI PMRAM DI TANTA

Majlis Ramah Mesra Hewi Pmram bersama Perubatan dan mutazawijin Tanta
Tanta 15 Ogos 2009, Hewi PMRAM telah mengadakan majlis ramah mesra bersama mahasiswi perubatan dan mutazawijin Tanta bertempat di Bait Izzah. Majlis ini melibatkan 2orang Hewi PMRAM sahaja iaitu Ustazah Siti Anisah binti Ahmad(Timbalan Pengerusi Hewi) dan Ustazah Fauziah binti A.Rahman(Unit Sambutan Dan Rehlah) bersama 28 orang mahasiswi perubatan Tanta dan 2orang mutazawijin yang hadir. Apa yang menggembirakan, kehadiran ahli telah melebihi daripada jangkauan awal yang mana menjangkakan 20 ahli sahaja. Walaupun dalam kesibukan untukmenghadapi peperikasaan Dour(ulangan),namun dengan semangat ukhuwah dan hubungan siraturrahim yang erat, mereka hadirkan diri juga bagi memeriahkan lagi majlis ramah mesra tersebut.
Apa yang menarik,majlis ini telah diserikan dengan beberapa pengisian rohani sebelum masuk ke agenda kemuncak iaitu ramah mesra.Antara agenda-agendanya ialah pertama solat maghrib berjemaah,membaca quran berjemaah sehingga masuk waktu isyak dan tazkirah ringkas bersempena ramadhan. Apa yang menggembirakan pihak Hewi PMRAM, semua agenda tersebut dilaksanakan secara berjemaah.
Agenda kemuncak telah diserikan lagi dengan sesi soal jawab antara pimpinan Hewi PMRAM dengan ahli perubatan serta mutazawijin Tanta. Majlis diakhiri dengan ucapan Timbalan Pengerusi Hewi PMRAM. Antara harapannya ialah kesedaran dalam peranan masing-masing untuk menegakkan agama Allah dan menyebarkan dakwah kerana tiada beza antara mahasiswa mahasiswi Pengajian Islam dan Perubatan.
Hewi PMRAM mengucapkan terima kasih kepada seluruh yang terlibat dalam menjayakan majlis ramah mesra ini yang julung-julung kalinya diadakan selepas kenaikan pimpinan baru.

EKSPO GEMPAK PMRAM

Bermula 8 hingga 11 Ogos, PMRAM dibawah Badan Kesenian, Kebudayaan dan Kemasyarakatan telah mengadakan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK)kali ke 52.Tahun ini menyaksikan EKSPO GEMPAK PMRAM (EGP) kali ke 2 kembali beaksi dengan lebih meriah lagi di Dataran Haiyu Asyir. Majlis perasmian bagi akhawat telah berlansung di Musallas yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Hewi PMRAM Ustazah Siti Anisah binti Ahmad.
Seluruh BKAN dan DPM telah di bahagikan mengikut Zon A,B,C dan D. Semua zon telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang program berlansung.Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu acara dewan dan padang. Acara padang bagi akhawat telah berlansung pada 8 Ogos di Nadi Syabab,Musallas.
Antara pertandingan yang menarik yang di pertandingkan iaitu kawat kaki, bola tampar,dan acara sukaneka.Acara Padang ini telah dimenangi oleh Zon C. Manakala acara dewan yang dipertandingkan antaranya ialah pidato,debat, pantun, nasyid dan sebagainya.Zon C(Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah) telah ditabalkan menjadi Zon Terbaik untuk Program EGP kali ini. Nasyid bagi akhawat telah di menangi oleh Zon D(Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah).
Apa yang menarik dalam program ini ialah upacara pameran sempena EGP ’09.Antara unit di bawah PMRAM yang melibatkan diri ialah Unit Biah Solehah, Bait Muslim, Dana Syaqah,Mini Pavilion,Pesat,Urusetia Penerangan Umum,PMC, Taekwando. Tidak ketinggalan juga pameran dari EGP ’09. Pertandingan pameran terbaik turut diadakan iaitu dimenangi oleh Mini Pavilion (MAP)atas persembahan pameran yang menarik tentang bumi Palestin dan isu sekitarnya. Selain itu, EGP ’09 turut mengadakan Bazar yang melibatkan Malaysia dan Indonesia. Makanan yang dijual mempunyai tarikan tersendiri kepada sesiapa yang menggemarinya. Maju ekonomi untuk Islam.
Perasmian penutup bagi akhawat telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM iaitu Fadhil Ustaz Abdul Mu’izz Muhammad. Sejurus selepas itu, majlis penyampaian hadiah pun berlansung di dewan rumah negeri Pahang Haiyu Asyir.
Pada malam kemuncak EGP,program ini telah diserikan dengan persembahan-persembahan yang menarik. Antaranya ialah persembahan Nasyid Johan ikhwah dimenangi oleh negeri Wilayah Persekutuan, persembahan kesenian tarian dari Negara Indonesia dan persembahan kebudayaan dari Negara Thailand. Walaubagaimanapun program ini berjaya di laksanakan dan mencapai matlamat serta mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai pihak.

Monday, August 10, 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.....

PERHATIAN!!!...........

Saban tahun PMRAM akan mengadakan perayaan sambutan hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta....selaku mahasisiwa di bumi ardil kinanah kita juga tidak ketinggalan dalam meraikan hari yang penuh bersejarah ini...

Justeru itu,EGP 09 kembali lagi pada 8- 11 Ogos 2009 bertempat di Dataran Haiyyu Asyir dan pelbagai pengisian menarik menanti anda....sebarang perubahan tentatif bergantung kepada acara yang dipertandingkan....

Ayuh ramai - ramai kita memeriahkannya...sokongan dan komitmen yang jitu dari seluruh mahasiswa akan merealisasikan lagi program ini berjalan dengan lancar...

NOSTALGIA HAYAT 09

LAPORAN PROGRAM HAYAT 09


KAHERAH,28 Julai - Majlis perasmian program HAYAT 09 telah berlangsung di padang Nadi Syabab Haiyyu Asyir yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Hewi PMRAM Al-fadhilah Ustazah Anisah bt Ahmad.Perasmian dimulai dengan ucapan pengarah program Ustazah Siti Umairah bt Samsudin dan seterusnya ucapan perasmi serta pelaksanaan gimik perasmian.Sambutan ahli yang datang dari pelbagai Badan Kebajikan Anak Negeri sertaDewan Perwakilan Mahasiswa lebih memeriahkan lagi suasana berukhuwah dikalangan ahli.Majlis perasmian berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi.Selepas majlis perasmian,acara warming up seperti arobik,poco - poco dan seterusnya perlawanan bola jaring piala TPH

(Timbalan Pengerusi Hewi) serta explorace serentak di pertandingkan mengikut zon taakhi masing - masing.Tujuan zon taakhi diadakan bagi memupuk semangat berukhuwwah islamiyah tanpa adanya taasub kenegerian.Acara padang berlangsung selama lapan jam bermula dari pukul lapan pagi hingga pukul tiga petang.Pada masa yang sama bertempat dirumah Kelantan baru bazaria HEWI dan pameran ilmiah juga berlangsung.Program pada hari itu bersurai setelah semua acara selesai dipertandingkan.Namun begitu,komitmen ahli tetap terus bersama program hayat pada keesokan harinya.Hari pertama program lebih fokus kepada hari sukan.



KAHERAH,29 Julai - Seperti yang dirancang program HAYAT 09 diadakan selama tiga hari.Hari ini merupakan hari kedua program berlangsung,Acara dewan seperti pengisian ilmiah bermula pada pukul tujuh pagi hingga pukul enam setengah petang.Pelbagai pengisian menarik seperti daurah kitab,talkshow,pembentangan kertas kerja dan ceramah kesihatan telah disajikan kepada ahli yang berdaftar dalam program ini.Disamping mendapat pengisian,para peserta boleh juga menikmati juadah makanan yang dijual di bazaria HEWI.Program berlangsung hingga pukul sebelas malam dengan jualan bazaria dan pameran.Hari kedua program lebih fokus kepada hari seminar ilmiah.



KAHERAH.30 Julai - Hari ketiga merupakan hari kebudayaan disamping berlangsungnya bazaria dan pameran yang bertempat dirumah kelantan baru Haiyyu Sabie’.Majlis perasmian penutup HAYAT 09 telah disempurnakan oleh Presiden PMRAM Al-Fadhil Ustaz Abdul Muiz bin Muhammad.Pada pukul lapan pagi kehadiran para tetamu mengambil tempat dan majlis perasmian penutup bermula dengan ucapan pengarah program HAYAT 09,ucapan timbalan pengerusi HEWI dan seterusnya ucapan perasmi iaitu Presiden PMRAM.Selepas majlis perasmian penutup, tetamu jemputan dan peserta program ditayangkan slideshow sepanjang dua hari program yang telah berlangsung.Persembahan kebudayaan Islam telah disembahkan oleh para peserta jemputan yang menyertai persembahan.Peserta persembahan jemputan terdiri daripada beberapa wakil BKAN dan DPM masing- masing.Antara persembahan kebudayaaan adalah seperti nasyid,berzanji,busana muslimah dan dikirbarat.Persembahan kebudayaan berakhir pada pukul satu petang dan bazaria HEWI serta pameran berlangsung hingga pukul sebelas malam.

Tuesday, June 30, 2009

SURVIVAL PMRAM

PMRAM DAN KEMAHASISWAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang menciptakan alam ini dan tidak meninggalkan perjalanan alam ini sebaliknya mengatur dengan manhaj yang sempurna sehinggakan semua elemen ini tunduk kepada Penciptanya.Selawat dan salam kepada Saiyyidina wa habibina wa syafi’iena Muhammad SAW yan menjadi modul ikutan ummah sepanjang zaman.

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan omedetou (tahniah) kepada seluruh kepimpinan PMRAM yang baru terlantik untuk sesi 2009 ini.Bak kata pepatah “patah tumbuh hilang berganti” begitulah juga dengan pertukaran kepimpinan ini.Mudah-mudahan kalian mampu meneruskan visi dan misi yang telah disusun dan bersiap sedia untuk menggalas beban dakwah ini.

Menjelang tahun 2009 ini, PMRAM sudah pun menginjak usia 79 tahun.Jangka hayat yang cukup matang lagi ampuh merentasi ranjau waktu penuh mehnah dan pancaroba.Sekadar mengikuti perkembangan PMRAM,saikin (sejak kebelakangan ini), PMRAM terus-terusan diasak dengan tribulasi yang rencam.Nama PMRAM disebut-sebut dan dikenali di seluruh dunia lantaran memperjuangkan kebenaran yang dibawa olehnya.Ternyata masih ramai yang mencemburui eksistensi PMRAM di muka bumi Mesir.Sebagai wadah kesatuan, keutuhan PMRAM dapat dijanakan apabila seluruh ahlinya mengekalkan disiplin sebagai penuntut ilmu Islam yang sebenar.

Di saat PMRAM merasai keutuhannya di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir,PMRAM tidak boleh leka dan alpa daripada segala bentuk serangan musuh yang tidak pernah mengenal erti letih dalam usaha menghancurkan PMRAM.Kadang-kadang, kita hairan kenapa terdapat sesetengah golongan yang menjadikan PMRAM sebagai sasaran?Sedangkan PMRAM tidak pernah mengkhianati agama, bangsa dan Negara?Apakah agaknya yang dikehendaki oleh mereka dengan hancurnya PMRAM?Apakah mereka boleh menjamin keharmonian hidup di kalangan mahasisiwa dan mahasiswi di Mesir?atau apakah mereka mampu untuk mengawal gejala sosial yang berlaku?

Kejayaan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada strukturnya yang baik.Perkara seperti ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif dimana agihan kuasa antara pimpinan dijalankan secara yang terbaik.Pemimpin mahasiswa tidak lahir dari kekosongan.Ia lahir dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi sendiri.Ia (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri.Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap persatuan dan sikap ingin melihat persatuan berjaya.

Hubungan timbal balik yang positif di antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja atau pencapaian organisasi.Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang competent unutk menggarap cabaran zamannya dan cabaran-cabaran yang akan datang.

Mereka harus berjaya menampilkan golongan pemimpin yang lebih bijak, lebih berketrampilan kerana lumrahnya cabaran masa depan lebih sengit dan gawat berbanding dengan masa kini.Seandainya segala keperluan dan prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu factor yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh organisasi mahasiswa dan mahasiswi Islam ialah taufiq dan inayah Illahi.Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan-amalan, ibadah-iabadah, doa, zikir dan munajat.Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restuNya, kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini.Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam seaharusnya tidak lekang dengan program-program qiamullail, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.

PMRAM yang tetap mengekalkan dasar dan paksinya dengan berpegang teguh kepada al Quran dan as Sunnah seta memastikan setiap gerak kerja PMRAM yang sentiasa bermatlamatkan kebahagiaan untuk ahli di dunia dan akhirat sudah pastinya akan mampu menjadi wadah kesatuan yang agung.

Mudah-mudahan dengan menjadikan Islam sebagai dasar dan rujukan utama dalam setiap gerak kerja berpersatuan, PMRAM dan ahlinya sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.Selagi suria tersenyum menyinari buana keilmuan al Azhar, selagi purnama mengambang, bintang berkerlipan mengawani bumi anbiya’, PMRAM tetap utuh di bawah lindungan rhmat Illahi lantaran menjadikan al Quran dan as Sunnah sebagai pedoman.

Walau badai menganas, walau ombak menghempas, walau taufan melanda, PMRAM tetap kental da cekal membentengi segala ujian daripada lawan.Segala yang tersurat lagi tersirat tidak mampu drunkai dengan baris kata-kata atau mainan ucap bibir.Hanya hati yang merasai pahit maung, masam manis hakikat perjuangan…

Berjuang hingga ke akhirnya, akhir hayat…akhir titis darah…akhir hembusan nafas dan akhir kalam LA ILAH HA ILLALLAH…

Akhir kata, buat sahabat-sahabat seperjuangan, tanpa Islam, siapalah kita..Biarlah andainya ada 10 orang pejuang Islam, salah seorangnya adalah kita.Dan biarlah andainya ada seorang pejuang, itulah kita sebagai saki baki mereka yang masih tetap mahu membeli jualan Allah..

 

©2009 http://hewipmram55.blogspot.com | Template Blue by TNB